Misi dan Visi

PENUBUHAN PERBADANAN TAMAN NEGERI PERAK
• Perbadanan Taman Negeri Perak ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6)

• Perbadanan Taman Negeri Perak adalah merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Perak.

• Ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara.

• Mula beroperasi sebagai perbadanan pada 1 Januari 2004, dengan seorang anggota iaitu pengurus besar.

VISI

Menjadi sebuah organisasi yang berkemampuan tinggi di dalam mengekal dan mengurus kepelbagaian ekosistem ke arah keharmonian bersama.

MISI

Bergerak ke arah positif (cekap dan berkesan) di dalam pengurusan secara berkekalan terhadap kepelbagaian ekosistem Taman Negeri

Penubuhan Taman Negeri adalah bermaksud seperti berikut (objektif);
o Bagi memelihara dan memperlindungi flora dan fauna serta benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi penyelidikan kajibumi, sejarah, etnobotani dan lain-lain yang berkepentingan dari segi sains dan pelancongan di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negeri.

o Dengan terpeliharanya maka dapat dimanfaatkan bagi tujuan memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi untuk orang ramai.

Fungsi Perbadanan Taman Negeri adalah seperti berikut;

• Mewujudkan taman-taman semulajadi yang berpotensi sebagai Taman Negeri dan memaksimakan faedah daripadanya untuk melindungi spesies fauna dan flora terutama yang terancam.

• Sebagai penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam perkara berhubung pemeliharaan, penggunaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan taman-taman negeri.

• Memulakan, menyelaras dan mengawal selia aktiviti-aktiviti yang ditubuhkan di bawah Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak.

• Menjaga dan memelihara alam semulajadi mengikut piawaian antarabangsa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s