Peraturan

PERBADANAN TAMAN NEGERI
PERAK DARUL RIDZUAN

PERATURAN-PERATURAN SEMASA BERADA DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI ROYAL BELUM

Semua pelawat-pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum.

Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh Peraturan-peraturan ini, berada di Taman Negeri –

1) memasuki kawasan Taman Negeri tanpa permit yang telah disahkan oleh Perbadanan;

2) memasuki kawasan Taman Negeri berseorangan dan jika berkumpulan hendaklah ditemani/bersama sekurang-kurangnya seorang pemandu pelancong (berdaftar) atau seorang pegawai/ranjer/penguatkuasa Perbadanan;

3) membawa pelancong masuk ke Taman Negeri kecuali pemandu pelancong yang berdaftar dengan Perbadanan sahaja;

4) memasuki kawasan Taman Negeri dengan bot persendirian (tanpa lesen);

5) berada di atas bot di dalam kawasan Taman Negeri tanpa memakai jaket keselamatan;

6) menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan di kawasan Taman Negeri tanpa mendapat kebenaran dari pihak Perbadanan dengan mengisi borang permohonan kebenaran bagi menjalankan penyelidikan, mengumpul dan membawa keluar spesimen;

7) membawa keluar apa-apa sahaja spesis flora dan fauna serta benda-benda lain yang terdapat di dalam kawasan Taman Negeri;

8) memburu, menjerat dan apa jua cara menangkap sebarang spesis hidupan liar di dalam kawasan Taman Negeri;

9) menebang dan memusnahkan pokok-pokok di dalam kawasan Taman Negeri;

10) membenarkan apa-apa haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau di kawasan Taman Negeri;

11) menangkap ikan menggunakan teknik bom, kejutan elektrik, panah, racun, jala, rawai, jaring, pukat, bubu dan apa-apa teknik kecuali memancing di sepanjang sungai dan tasik di kawasan Taman Negeri;

12) memancing dan apa jua cara untuk menangkap ikan di kawasan yang telah dizonkan larangan menangkap dan memancing ikan oleh Perbadanan dan Jabatan Perikanan Perak kecuali di zon yang dibenarkan sahaja;

13) membawa keluar sebarang spesis ikan terutama spesis kelah, temoleh, tengas dan sebarau kecuali spesis ikan seperti toman, baung, lampam sungai, sia, kaloi, loma, terbul dan temperas adalah dibenarkan pada kadar 3 ekor bagi setiap pemancing;

14) menduduki dan menggunakan kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran dan kelulusan dari Perbadanan;

15) merosakkan atau menyalahguna kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri;

16) membina apa-apa bangunan di kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran Perbadanan;

17) membuang sampah di merata-rata semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri; dan

18) melanggar lain-lain peruntukan dalam peraturan ini yang akan dibuat oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.

Dengan Arahan:

Pengurus Besar
Perbadanan Taman Negeri
Perak Darul Ridzuan

(01 Januari 2011)

*Peraturan dibuat menurut sek.28, enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s